LATAR BELAKANG KUMPULAN

VAST telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011 di atas idea Megat Nur Shidiq yang mana beliau merupakan komposer kumpulan ini. Ia terhasil atas projek yang dipanggil Projek Megat Nur Shidiq di mana beliau cuba untuk melahirkan satu mini album untuk melahirkan satu kumpulan yang baru dan muziknya disusun oleh beliau sendiri. Kesemua ahli kumpulan ini dipanggil untuk menjayakan projek ini. Nama VAST dipilih kerana bermaksud "luas" yang membawa kepada konsep berdasarkan pelbagai arus muzik yang baru dengan penampilan yang lebih luas dan disiniskan satu revolusi muzik yang baru dan tidak tertumpu hanya kepada satu genre sahaja. VAST merupakan sebuah kumpulan yang membawa genre pop kontemporari & R&B. Pada awalnya kumpulan ini membawa konsep vokal berkumpulan dan dianggotai 5 orang ahli di awal penubuhan VAST, bagaimanapun pada tahun 2016 VAST menambah anggotanya menjadi 8 orang iaitu Ikhwan (Penyanyi), Megat(Gitar), Fendy (Penyanyi), Nazmil (Penyanyi), Hanafi(Cajon), Hanis (Gitar), Faiz(Perkusi) dan Saiful(Bass). Mereka semua dipilih oleh Megat Nur Shidiq setelah dinilai bakat-bakat yang ada. Penambahan ahli ini kerana VAST cuba membawa konsep busker di mana lebih terbuka untuk membawa pelbagai jenis genre dan lagu.


PENCAPAIAN

Pada awal penubuhan, kumpulan VAST membawa konsep vokal berkumpulan yang membawa lagu berbentuk nasihat dan keagamaan. VAST mula dikenali ramai dengan lagu pertama mereka yang bertajuk Taubatku, dan kini lagu tersebut mulai dipermainkan di radio-radio online dan lagu tersebut disukai ramai pendengar dan penggemar nasyid tanah air. Lagu tersebut diciptakan hasil usaha komposer Megat Nur Shidiq, lirik dan susunan muzik juga atas idea beliau sendiri. Pada tahun 2014 pula VAST Berjaya menghasilkan mini album yang mengandungi 7 buah lagu. Album ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik berunsur ketuhanan. Sebuah lagu yang bertajuk Penasaran daripada album ini telah Berjaya menduduki carta IKIM FM selama 9 minggu dan Carta Nasyid Melaka FM.